KEMAHIRAN BELAJAR (GKB1053)
TAJUK 10 : PENYESUAIAN SOSIAL
- Penyesuaian ialah proses adaptasi .
- Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
- Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.
- Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
10.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL
- Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
- Merupakan ALGORITMA mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.
- Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.
- Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain.Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
- Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.
10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
- Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
- Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain.
- Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog.
- Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.
10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
- Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain.
- Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
- Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT.
10.4.1 BLOG
- Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut.
- Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.
- Dapat dikemaskini dengan mudah dari mana-mana tempat tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan lain-lain lagi.
10.4.2 FACEBOOK
- Platform Fecebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian social Facebook.
- Dapat membina komuniti pembelajaran
- Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa
- Meningkatkan interaksi guru dan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web
- Pelajar dapat menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan kelas dan peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.
10.4.3 FLICKR
- Suatu laman web perkongsian gambar yang dapat digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar tersebut.
10.4.4 SKYPE
- Adalah suatu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual-bual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma.
- Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana seseorang berada.
10.4.5 SLIDESHARE
- Satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.
- Menonjolkan professional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan.
- Tujuan : berkongsi idea dan berhubung dengan orang lain.
10.4.6 TWITTER
- Penulisan di Twitter ialah cara komunikasi yang kurang berhalangan, perkongsian maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel / pesanan SMS.
10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
- Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan dari aspek biologikal sahaja tetapi peranan mereka dalam perjanjian sosial.
- Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelakidan perempuan dalam sistem akademik.
- Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada tahun 1996-2000 menunjukan pelajar perempuanmemperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajarlelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
- Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baikdalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.
- Pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasanberbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal.
- Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.
- Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.
- Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan
Menarik :)
ReplyDeletePost a Comment